Selasa, 30 Juni 2009

manusia oh manusia

salam,

balik jek dari kelas,macam bese,tros lepak sat kat dalam bilik.lepas solat asar,on laptop nak baca utusan online..hurm..klik punya klik,masyaallah,mengucap panjang aku bila ade berita tentang seorang perempuan telah membunuh bayi yg baru dilahirnya dgn merendamkan kepala bayi ke dalam tong minyak yg berisi air..huhu..ya tuhan,apelah nak jadi dgn manusia sekarang ni..haiwan tu lagi mulia aku lihat,sebab walaupun tak berakal,tetap akan melindungi anaknya dari serangan pemangsa walaupun dirinya sendiri terpaksa dikorbankan..hurm..nak baca lebih lanjut,ni link dia--WANITA RENDAM BAYI SAMPAI MATI,,

Sabtu, 27 Juni 2009

kahwin atau hidup membujang??

salam..

hari ni,tak banyak benda yg aku buat,cuma seperti biasa mengemas semua barang-barang masuk ke dalam kotak,maklumlah,minggu depan dah nak pindah kan..huhu,tak suka hidup pindah randah ni,nasib baik sepanjang aku tinggal kat malaysia,hanya sekali je pindah,itupun sebab abah dah bersara,banyak betul barang nak kemas,ada yg nak kene bungkuslah,lipat lah,buang itu lah,amik ini lah.ape-ape lah..huhu..tak best..lepas beberapa jam kemas barang kat dalam bilik,aku pun terus g mandi,tapi sampai je kat bilik mandi,adeiiiiii,aku menepuk dahi,kain ada satu baldi tak basuh lagi..huhuhu..aku lupa nak basuh baju la..so ape lagi,duduk la bertapa sekejap kat dalam bilik air,cuci kain...siap semua dibasuh dan disidai,aku pun mandi dan terus mengadap lappy,hahaa..baca suratkhabar,kang mak aku tanya pasal itu ini,aku takle jawab,t mak ckp aku ni macam katak kat bawah tempurung,huhu..punyalah klik2x,seperti biasa,mmg membosankan,balik2x cerita pasal pembunuhan,rompak sana,gosip pasal artis,huhu..tapi yg paling best pasal sukan la,,hue3x..tetiba ade satu tajuk yg berjaya,menarik perhatian aku,bersangkutan dgn hidup seorang wanita yg mana aku juga adalah wanita,so aku klik la,tajuk dia, tersilap kahwin penagih.. ni link pasal benda ni,kome baca2x la eyh,maleh teman nak copy paste kat sini,----http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0628&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm

kesian tgk kisah akak ni,terpaksa menanggung biawak hidup,sedangkan dalam masa yg sama,dia pun masih mempunyai anak yg baru dilahirkan..kejam betul suami dia,kalau dah tahu diri tu penagih,tak payah la nak susahkan org lain,susahkan diri sendiri sudah la.tak payah la nak kahwin.bukan ape,kesian la,kesian kat isteri dan juga anak yg sedang membesar tu..hal ini membuatkan aku berfikir sejenak,yang mana lebih baik,hidup single ataupun berkahwin????kalau dalam kes akak di atas,aku rasa aku lebih suka untuk hidup single dari berkahwin,sebab lebih kurang sama sahaja,tetap susah,walhal lagi susah dari hidup single sebab kene menampung hidup seseorang yg bergelar biawak hidup..memang betul kata orang,nak kahwin tu,kene la pilih yg terbaik,tapi seperti biasa,tak selalunya yg terbaik kita fikirkan itu adalah betul2x terbaik,tambahan lagi org2x sekarang,especially lelaki,sorry to say,anda2x semua tidak la seperti zaman2x abah2x aku,susah nak cari yg betul2x baik dan yang bertanggungjawab,ditambahkan lagi golongan anda semakin pupus(bak kata cikgu biologi aku,kui3x).lagi la ssh nak mencari yg terbaik..
3 hari yg lepas masa di bilik kuliah,aku ade jugak bersembang pasal benda ni dgn member lelaki aku,memandangkan kalau duduk dgn member perempuan,rata2x topik,"eh,kau nak kahwin bila eyh,"..huhu,kadang2x aku naik buhsan,so aku beralih kepada lelaki lak,kita tgk mcm mana pandangan mereka,kawan akau ckp,dia tak tau la,nak kahwin ke tak,sbb ape,dia kata sekarang ni ssh,semua benda dah mahal,haha..tergelak pun ade,tapi ade jugak betulnya kan,dia kata,hidup single lagi senang,tak banyak problem yg nak kene fikir,balik2x,cuma pasal diri sendiri and keluarga..kalau kahwin,byk tanggungan,tapi tak berapa kisah sgt kalau dapat wife yg boleh bertolak ansur and memahami,tapi kalau yg dapat jenis pisau kikis,huhu..pantang nampak barang depan mata,semua dia nak..huhuhu..betul gak,kata mamat ni..
tapi mcm manapun,yang paling ssh itu adalah perempuan,lebih2x lagi yg berkerjaya,itu yg pasti..jadi tidak hairanlah kalau kita tgk,rata2x perempuan yg berkerjaya,mmg tak kahwin,sebabnya,aku rasalah
  1. susah nak cari yg sama taraf
  2. sibuk dgn tanggugjawab sampai takde masa nak cari pasangan
  3. lebih mementingkan kemahuan utk mencapai kejayaan
  4. malas nak tanggung banyak problem
huhu..ini diantaranya kot,yg nombor satu tu,aku mmg setuju,bukannya ape eyh,benda ni banyak yg aku lihat,tak banyak pasangan yg berlainan taraf dapat kekal lama,mungkin ade,tapi tak banyak,sebabnya,lelaki ini ada egoisnya..ditambahkan lagi dgn org sekeliling yg suka bercakap2x..huhu..yelah,mane taknye,member beli mers pakai duit sendiri,tapi org sekeliling akan cakp,tu mesti kete bini dia yg beli..haha..mulut2x...sekali dua boleh la dia tahan,lama2x..huhuhu..kesian..ade diantara kawan2x abah yg bercerai,gara2x ni..so kadang2x aku terpikir jugak,buat ape kahwin kalau last2x cerai??kalau masih sngle takpe,tapi kalau ade anak2x,kesian wey..kau tak kesian ke tgk anak tak terurus..amanah tuhan tu,kalau aku,aku tak sanggup..
ape2xpun,bak kata orang,tepuk dada,tanya minda.jgn tanya selera sebab manusia ni,selera macam dinasour,huhu...hidup single atau berkahwin,ade kebaikan dan keburukkannya..mcm biasalah,dalam dunia ni,semua akan ada pro and cons kan??cuma bergantng pada kita utk memilih..kalau aku,pasal benda ni,aku tak pikir,panjang lagi masa..study pun tak abes..yg penting,kepada ket luar sana yg ingin mendirikan rumahtangga,nasihat aku,pilih la elok2x,siasat latar belakang pasangan kita..jgn ikutkan rasa cinta jek,tak guna,takutnya diri kita lak merana,tak kira la lelaki atau perempuan..(aku bukan bias k).

Kamis, 25 Juni 2009

aloha~



salam..
memandangkan layout blog dah baru,so azam pun kene la baru,
hari ini eyh,takde ape yg menarik,mcm hari2x yg lain..
jap lagi nak makan pecel ayam,bestnyer..
dan yg penting,hatiku tenang,alhamdulillah..=)



Rabu, 24 Juni 2009

tag aeh..hehe

1. apa perasaan anda sekarang?
entah,jap..haha..takde perasaan

2. saya nak makan
byk benda,tapi kat sini takde,kene tunggu balik mesia..huhuhu..=(

3. saya x suka

  1. org yg ske mengambil kesempatan
  2. tak setia
  3. makan kawan
  4. penipu-pantang mak nenek aku org menipu..menci kat org mcm ni
  5. tak menepati waktu
  6. talam dua muka-luar nampak baik,pijak semut tak mati,tapi hati,mak ai,busuk giler
4. impian saya
berjaya dunia akhirat... and nak tolong ramai org supaya sihat2x selalu,insyaallah..ameen~

5. haiwan yg saya tidak suka
semua jenis binatang,berbulu ke,tak berbulu ke..tak kira

6. saya harap
apa yg saya impikan tercapai..ameen

7. jika boleh diputarkan masa
tidak ada apa yg ingin saya ubah,semua terjadi ade hikmahnya,alhamdulillah,saya berpuas hati dgn ape yg saya ada

8. saya pada 10 thn akan datang
  1. dah jd dr.
  2. dah ade rumah,kete,moto besau sendrik
  3. dapat jaga mak abah
  4. dah kawen kot,hahaha..kalau ade jodoh n pjg umur
  5. ada family yg bahgia disamping anak2x yg comey sbb saya comey..hahaha

9. hp saya adalah
nokia n73

10. saya pernah bercinta sebanyak
entah,pada saya,cinta itu saya definisikan sehingga ke jinjang pelamin,kalau tak sampai tu,ibarat cinta monyet..so,not count at all

11. saya suka pada
  1. kedamaian
  2. ketenangan
  3. makanan..hahaha
12. kawan2 saya
tersangat ramai,sampai takle kira dgn jari..huhu

13. pernah dikhianati
pernah kowt,cam s**l jek..tolong dia bila dia ssh,dah senang,buat2x tak kenal..takpe,wat goes around,comes around..tuhan tu maha adil


14. apa yang hendak dilakukan terhadap org yg mengkhianati anda
biar je kot,walaupun hati dah sumpah seranahkan..haha..takpe la,biar org buat kita,jgn kita buat org..tuhan tu ade,so,kita jgn la pulak doakan keburukan dia,tapi just doakan dia berubah je la..hehe


15. senaraikan orang untuk di tag
sape yg baca blog ni,anda ditagged..ni amanah ni,tuhan nampak..hohoho

Jumat, 19 Juni 2009

bedroom sanctuary

salam kembali,hehe..
tadi jejalan jap kat myspace
cari profile budak2x indie
boleh dgr lagu2x mereka
sebab lagu2x dia mmg best,
klik punya klik
terjumpa profile mamat ni
bedroom sanctuary
best lagu2x dia
contohnya lagu MALAM INI
below is d lyric
lagu dia smooth n tenang
ala2 jazzy skit..best

MALAM INI

malam ini
malam pertama kita ditemani kelembutan cahaya rembulan
perasaan indah memanggil namaku untuk menyintai mu

malam ini
kehadiranmu membawa seribu makna baru untuk hidupku
dirimu memberi cinta yang selamanya

suaramu
bergema di hatiku
mungkin untuk selamanya dan
dirimu
bertakhta di hatiku dari pandangan pertama

malam ini
puisi yang terindah terbaca setiap saat ku bersamamu dan
kaulah puitis hatiku yang ukirkan senyuman di wajahku

malam ini
ku serahkan segalanya untuk wanita impianku dan
bidadari dari syurga cintaku hanyalah untukmu
suaramu
bergema di hatiku
mungkin untuk selamanya dan dirimu
bertakhta di hatiku dari pandangan pertama

malam ini
malam pertama segala hasratku adalah untuk kebahagiaanmu
perasaan dari syurga untuk sehidup semati denganmu

ni first song yg menari hatiku

2nd song yg paling aku suka lak

tajuk dia HER SPIRAL NECKLACE

chicky song dat suit me best..hehe

ok guys,kita sambung mlam ni eyh smalam dah janji kan

nak kongsi2x bab traumatology

insyaallah eyh,malam ni..



Selasa, 16 Juni 2009

skema??

salam...
tadi aku g jejalan,baca blog org,
pastu ade la terbaca blog budak ni
mulut,mak ai,celupar nak mati
mak cik,skema itu mmg hot
tapi lagi hot kalau mulut tu baik..
jgn busuk mcm 10 hari tak gosok gg,okey
hehe....bukan emo,tapi,sekadar nak bgtau..
lagi pun,ape aku pedulik,blog aku
suka hati ikan patin la aku nak membebel..
hehe..ni la dia kalau takde keje
ok kengkawan,malam skit,jom,berkongsi ilmu traumatology dgn aku
dari aku buat benda yg tak berfaedah,jom kita studyyyy...huhu..*skemanya aku..adeii

Minggu, 14 Juni 2009

hari ini..

selamat semua......
tidak ada apa yg menarik untuk dikongsi bersama
seperti hari2x biasa,
owh ya,esok blok baru,traumatology
selamat buat diri ku
blok yg paling aku suka
sebab hujungnya,diri ini akan kembali ke kampung
diharapkan semuanya berjalan dgn lancar..


owh ya,aku ber"blog walking"
merata blog aku pergi
tidak lupa juga blog yg tak bertuan
ramai juga yg telah pergi meninggalkan dunia yg fana
al-fatihah buat mereka
semoga ditempatkan dikalangan org2x yg beriman..ameen~

Jumat, 12 Juni 2009

happy mode

salam

harini aku happy,hehe
senyum nampak gigi,lebarnya senyum sampai ke telingan,haha..
bgn pagi,on lagu telefon mak..pergh,tak sarapan pn takpe,tapi sempat jek masak jemput.
nyup3x..aku kunyah jemput,letak pepper skit cicah sos..
pastu dgr lagu,antaranya:
org kerdil-wani ardy
magic moment-perry como
sugar2x-archies
barry manilow collection
eric clapton best collection
frank sinatra
daddy cool-ma ma mia
rays charles n the beatles
sharifah aini-bunga tanjung,hapuslah air mata,teratai
kenny,remy and martin
Datuk a.r rahman-tak mengapa
hehe,oldies semuanya..sedap n melodi yg tenang~


Rabu, 10 Juni 2009

permata dan kaca

salam..

lumrah manusia,yg kaca disangka permata,
yang permata diperlihat seperti kaca,
sedarinya bila sudah terlambat...
barulah menangis kerana kekesalan
manusia oh manusia

..............

salam
esok exam soca,oral exam
takde perasaan.
mcm nak tercabut jantung sudah.
doakan eyh
semoga aku berjaya
ameen~

Minggu, 07 Juni 2009

sakit

salam.
tadi ada study group tuk osce esok
tetiba ibu jari terasa sakit lak
mcm bese,aku tak hirau sgt
tapi sakit makin lama,makin parah
adeii,sakit bebenor ibu jari mike ni
ngupe2xnye,bengkak n ade nanah
kawan mike kate,ni la,cekam
adeii,apeke heynye,cekam,.o_O
ni mesti salah potong kuku
adeii,sakit nyer..
malam nanti,nak g pakai inai
hurm..cobaan~
harap esok ujian osce lancar
ameen ya rabbal alamin...


Sabtu, 06 Juni 2009

memori~

salam...
pagi tadi terbangun jek dari tido
tetiba teringat kat kampung
bestnye,bgn pagi2x ade mak n abah
sarapan sekali,lunch sekali,dinner sekali
pendek kata semua sekali la
aku sekarang ni tak suka makan sgt
sejak2x dah jauh dari mak abah
kat sini,pola makan aku mmg kacau bilau
bukannye aku tak nak makan
bukannya aku memilih
semua aku sental
tapi kalau hari2x makan benda yg sama
huhu..jemu la
besenya tengahari macam ni
mesti mak panggil makan
hehe
lauk pauk mmg terhidang sudah diatas meja
abah dah siap2x cuci tgn n amik port
aku mcm bese,akan tersengeh2x kat mak
ape lagi,minta mak suap la..hohoho
aku bukan malas nak suap sendrik
tapi ni la masa nak bermanja2x dgn mak
wakpe nak malu kalau mak suap
rugi la kalau malu..hehe
masa dulu mmg tak terasa sgt
rasa bese jek
tapi bila dah jauh ni,hurm..mmg lain
sebab waktu kita dgn family dah mula terbatas
tak tau bila lagi kita akan jumpa
umur pun tak tau sampai mana
benda yg paling dekat dgn kita kan kematian
walaupun umur kita ni muda,jgn ingat mati itu jauh
bila2x pun,tak kira masa@ tempat
kalau izrail datang menjemput nyawa
pasti pergi jua kita

tapi aku heran macam mana ade segelintar manusia
boleh hantar org tua mereka ke rumah2x org tua
hurm..
betul kata pepatah
seorang ibu mampu menjadi 10 anaknya
tapi belum tentu seorang anak boleh jaga seorang ibu
owh ya,Al-fatihah buat allahyarham pak cik zaki,ayahanda abg naqi(seniorku)
yg telah kembali ke ilahi pagi td
semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2x yg beriman...ameen~



Jumat, 05 Juni 2009

bila hidung mula berlari,pasti hujan turut sekali~

salam..........
macam biasa
bulan ni tak sakit lagi(membuatkan aku berasa pelik)
ingatkan takkan sakit lagi
tapi sakit juga akhirnya
..hurm..
demam dan selsema sudah mulai bermaharajalela
aku sudah jadi seperti anak2x yg kehingusan
kesana sini bawa tisu..(-_-")
scrootx!!!!!!!!!!itulah aku
sat lagi kita tgk na,batuk pun join skali
*bila la akan ada bulan yg aku sihat..<------big question mark
jgn masa praktikal sakit,sudah..

tetiba terfikir pula pepatah ni:bagai menatang minyak yg penuh,minyaknya tumpah,diri yg terbakar.
yang dihighlight kan warna lain itu,aku yg tambah..hehehe...sesuka hati jek menambah2x
tapi dalam kan maksudnya..=)

sakit hati..ya tuhan..

salam

saya sakit hati
dgn manusia2x disini
berkali menduga kesabaran
sampai la hari ini
dah tak boleh nak sabar
hati dah mula bercakap2x
dgn perkataan yg tak sepatutnya
kalau la abah dgr
mau kene karate
maafkan yin abah
yin dah tak larat
tapi cuma dalam hati jek
luar
yin tetap tersenyum
yin ingat pesan abah
manusia tak sempurna mana
bila kita dibalas dgn kesakitan
jgn kita membalas balik dgn kesakitan
sebab itu yin hanya mampu tersenyum
memujuk hati,walaupun sakit
walaupun hati dah maki yg bukan2x
sebab pesanan abah
yin masih bersabar
sedih la abah
hurm....

Selasa, 02 Juni 2009

hehe

kepada kamu "bila pena menari" ,i love ur poem..hehe..good job..n nice blog do u hv there..not as mine..hehe..cerita2x kosong sepanjang diperantauan yg satu hari nanti akan membuat aku tertawa sinis mengimbas kembali saat2x aku berusaha utk menguatkan diri..utk hidup jauh dari tempat yg sepatutnya,jauh dari org tersayang..dan berdepan dgn pelbagai konflik yg semakin membuat aku matang,lebih matang dari usia ku..hehe...~