Rabu, 29 Juli 2009

bila berblog itu tidak best

salam
hurm..
sejak akhir2x ini,aku merasakan berblog tidak lagi best
so,ape nak buat,tak best
*senyap

Jumat, 24 Juli 2009

haha..

salam semua,
nampak entry sebelum ni menimbulkan byk keraguan
haha
*gelak sat
begini la kalau minah rock mula bercakap pasal lelaki
ramai jek yg nak amik port.
takde sape2x,bukan sape2x
haha
*gelak lagi
hanya aku jek yg tau siapa
belajar pun aku tak abes
so takde ruang nak pikir ni semua
ok
i just need to focus on wat i have,instead dat wat i dont
thing isnt the same as before
and am not the same person ever u known
am changing coz my environment, and FUTURE<---my goal
insyaallah
ya tuhanku,permudahkan segalanya untuk hambamu ini..ameen~
*continue study,exam next week,wish me luck..

Kamis, 23 Juli 2009

hati bunga-bunga bila melihat Dia~

renungan matanya redup
seredup pepohon beringin
senyumnya semanis sira si gula
tapi sayang
aku hanya mampu melihatnya dari jauh
tak mampu aku gapai
kerna aku tau
siapalah aku
*adeii....hurm..

utk semua,dgr la lagu ni,best,klik jek disini eyh..(^_^)

Minggu, 19 Juli 2009

entry ku yg ke 100..haha

salam
dah entry ke 100
aku dok merepek2x kat blog ni
iyah selamat..hehe


Sabtu, 18 Juli 2009

alhamdulillah

salam semua..
berkat makan ubat awal2x tadi,akhir nya saya sihat..=)
tapi kawan2x rumah lak sakit..=(
moga anda semua sihat2x eyh..ameen~


puisi buat teman

hulurkan tgnmu wahai temanku
akan ku gapai dirimu
akan ku andal dirimu
agar takkan kau terjatuh lagi

gapailah telapak kecilku
wahai temanku
pejamkan mata dan percaya akan diriku
akan ku bawa kau terbang
setinggi nirwana ke tujuh
akan ku bawa dirimu
merentasi samudera nan membiru
akan ku bebaskan jiwamu
sebebas sang beburung di langit
jadi,
ukirkan senyuman dibibirmu
wahai temanku
kuatkanlah hati mu
kerahkanlah tenagamu
mengharungi hidup yg berombak
akan ku sentiasa disisimu
menemani setiap langkah
tidak kira sejauh apa
aku tetap berjanji
akan berada disamping mu..

Jumat, 17 Juli 2009

saya sakit lagi..

salam semua
rasanya tak perlulah saya menaip dgn panjang..huhu
yerp saya sakit lagi,kali ni selsema n batuk
harap leh sihat sebelum saya exam n pulang ke malaysia
ameen~

*memejam mata sambil berdoa

kepada teman2x sekalian,saya nak minta maaf,kalau ade salah dan silap..doakan yg terbaik utk exam saya k..sayang kamu semua..=)

Kamis, 16 Juli 2009

aku akan sentiasa ada untuk kamu

salam..
entry ni khas untuk teman2xku semua,
tidak kira kat mana jua kamu berada,
yang pasti
percayalah,yg aku akan tetap ada tuk korang2x semua
terus terang aku katakan
aku bukanlah sahabat yang terbaik
mgkin aku pernah menyakiti kamu semua
mungkin aku pernah terkasar dengan kamu semua
tapi percayalah,semua itu tidak aku sengajakan..huhu
kadang2x mmg jelas,aku bengang dgn kamu semua
seperti tidak memahami aku seperti apa
mungkin kerna sikap kamu2x yg membuatku kurang senang
mungkin kerana percakapan kamu yg menyakitkan
tapi aku tahu,kamu jua manusia
aku jua manusia
takkan lari dari melakukan kesilapan bukan..
*senyum
semoga kamu2x memaafkan kesalahanku
dan terima kasih kerna hadir dalam plot2x kehidupanku didunia yg sementara..

*utk asyikin farahanie..thanks awak..hehehe..jenuh cari blog awak,tapi tak jumpa,huhuhu..=)


Senin, 13 Juli 2009

mee tom yam

salam
besh giler arini,aku masak mee tom yam
tangkap lelehhhhhh,tapi syg,tak pedas
*teringin nak makan tom yam siam..huhu

Minggu, 12 Juli 2009

entry tak bertajuk

single is simple
double is trouble

simple is betta
so,i amik keputusan tuk jadi single
hahaha,
*happy dowh jadi single,trust me...

happy-happy dapat hadiah..

salam..
hari ini best sebab dapat byk hadiah,
dan paling utama,haha,akhirnya bakat nyanyian ku terserlah,
pasni,boleh buat band sendiri..
mmg impian aku nak buat band
cuma takde modal org nak buat group jek..
nak cari kat mana eyh budak2x yg boleh men instrument??
*berfikir(sambung malam k)

Jumat, 10 Juli 2009

saya lapar..(T_T)

salam
takde semangat nak taip ape pun kat sini
yg penting aku tgh lapar
dan kat dalam umah
huhuhu
ape pun takde
warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Kamis, 09 Juli 2009

mr capi+boarding ticket

salam semua,hihi..hari ini boleh dikatakan hari yg agak best jugak la..pagi2x lagi,aku dah terlewat bgn nak g sekolah,sebab aku tido lewat malam sebelumnya,lepas subuh baru la aku tido,huhu..pastu nasib baik la ada malar dtg,kalau tak,mmg aku tak terbangun..isk2x..haha,takpe lah,ape nak buatkan..dah nasib terbangun lambat,redha jek..



ok2x,mula2x aku nak bercerita pasal gambar yg kat atas ni,tak payah la aku nak terang lebih lanjut,sebab aku rasa semua org dah tau bukan,ya,ini la boarding tiket ku yg pertama sewaktu tiba di negara kedua ku..hhuhu..tadi mcm biasa tgh kemas2x barang-barang lama,tetiba aku ternampak kepingan ni,belek punya belek,hek eleh,boarding aku rupanya,hehee..besh kan,dan benda ini akan aku simpan buat2x kenangan..
*ekonomi jek,huhu,pastu seat tak best,dekat dgn toilet,but MAS,2 thumbs up for ur cabin crew,dah la hensem,baik pulak tu..hihihhi

then,2nd story,MEET MY CAPI SANDAL,HUE2X


hehe,lepas jek tutorial,aku terus g mall,nak amik boarding ticket sebenarnya,then alang2x dah jalan-jalan,aku dgn malar pun g la window shopping,best wooooo..ehehe,dan benda ni la aku beli,meet my mr capi..mula-mula pegi kedai point break,tapi takde seliper yg berkenan di hati,pastu tros g adidas,masuk jek adidas,wallaa,hati terus terpaut dgn mr capi neyh,aku pun ape lagi,dgn muka tersengih,minta la saiz yg paling kecil sal kaki aku,huhuhu,kaki kanak-kanak,mamat tu pn ape lagi,tros check kat komputer dgn penuh kesungguhan,pastu dia kata yg tinggal saiz 7 jek,bapak la besau,tapi takpe,aku cuba jugak,tgk2x,besar skit jek,so kira ok la tu kan dari langsung takde,dgn bangganya aku menyuruh abg tu bungkus capi aku ni,dan aku keluar dari kedai adidas itu dgn perasaan gumbira,walaupun dompet aku tak segumbira diriku..haha..takpe2x,sat lagi ade masuk duit,tapi hujung bulan la..lalalala...aku gumbira dgn mr capi aku..lalalala

Minggu, 05 Juli 2009

selamat malam dunia


selamat malam dunia,
esok bersama harapan baru
saya mencintai erti kehidupan kerana saya mengerti akan kejadiannya
sungguh indah untuk diungkapkan dgn kata-kata
hanya mampu terdiam dan memanjatkan kesyukuran pada DIA
alhamdulillah~

bersama bintang aku bermimpi~

tahukah kamu

tahukah kamu,
apa yg aku tahu,
sebab aku tak tahu apa yg aku tahu
masakan kau pula tahu apa yg aku tahu,
nah malam mula bercelaru,
kenapa kau pula yang tersipu-sipu
entah la kamu
aku keliru
bukan menipu
tapi inilah aku
aku yg keliru

*senyap....


Sabtu, 04 Juli 2009

signifikan satu teddy


salam...

pagi ni bgn agak terlewat sedikit sebab semalam tidur agak lambat,lepas subuh baru aku tertidur,nasib baik boleh tidur,kalau tak boleh tidur alamat aku jadi zombie la pagi ni..seperti biasa,kemas bilik(walaupun bilik tetap sama mcm tongkang pecah,huhu..) tetiba ak terpandang teddy yang letaknya diatas rak buku aku,teddy tu memang aku syg sgt walaupun aku ni bukan la fan teddy sangat..tapi teddy ni lain dari yg lain..nilai dia berbeza dgn teddy2x yg aku ada..teddy ni kakak aku yg belikan,dia bagi masa aku tgh sakit terlantar kat hospital disini..ingat lagi waktu itu,badan aku tetiba sgt lemah,lemah sgt sampai aku tak terdaya nak pergi toilet sendiri,terpaksa berpaut pada dinding..mulanya malam sebelum tu,kepala aku jadi berat dan sakit,suhu badan tak panas lagi,masih biasa..aku fkirkan takda apa2x la sgt.so aku ambil keputusan ambil 2 biji panadol dan terus tidur..tapi semakin lama,aku tak boleh melelapkan mata,badan pulak semakin panas..berpeluh macam org baru lepas mandi,basah baju dan tilam aku dibuatnya..tekak semakin kering,so berbotol2x air aku minum..huhu..esok pagi aku harapkan pembaikkan,tapi,huhu..semakin teruk,aku tak boleh bgn langsung dari tilam,tak terdaya nak bangun,so subuh2x tu terus pergi ke hospital,huhu..naik bus lak tu,nasib baik ada housemate yg tolong teman kan,atau lebih baik aku katakan tolong pimpin sebab aku dah tak boleh nak jalan..sampai je ke hospital,terus aku dihantar ke emergency room,check suhu,rupanya suhu badan aku 40 darjah celcius..huhuhu..aku tak tahan sebab kepala dah terlampau sakit,so aku hust minta dia tolong la bg ape2x ubat supaya kepala aku tak sakit..huhu..dia bgnye aku satu shot..lepas jek kene cucuk,doktor tu kata,esok kalau takde pembaikan datang lagi ke hospital..aku masa tu dah mereng2x..tak tau ape2x sbb kepala dah sakit..lepas jek shot tu,aku pun balik,tapi malam tu lagi worst,aku takle nak bgn langsung dan badan semakin panas,just berdoa jek tak kejang..huhu..esok petangnya,aku terus admitted masuk ward,sebab dah terlampau panas sgt,dan trombosit aku jatuh giler...masuk jek ward,langsung dah kene cucuk,kene amik darah then masuk drip,jarum dah la besar2x..tapi takpe,aku dah mcm redha jek,cucuk je la..malas nak pikir2x lagi..aku mula nak rahsiakan yg aku masuk hospital,tapi aku pikir balik,keadaan aku ni pn dah mcm teruk jek,kalau ape2x terjadi susah lak..so,malam tu(kira 1st day masuk ward) aku call kakak aku,byk kali aku call,still tak dapat..pastu aku stop call kakak aku,mungkin dia penat,dah tertido kot..esok pagi2x aku dapat phone call dari dia,pastu aku pun ckp la,yg aku admitted..kakak aku terus mengucap panjang,mcm2x soklan dia tanya dan masa tu jugak la nurse masuk nak cucuk amik darah.adeii,kacau daun betul la minah ni,so aku kata la,aku ok(padahal waktu tu KO).bukan pe,malas nak bg dia risau,pastu aku ckp kat dia,jgn bgtau mak,t risau lak mak abah aku..then dia kata,"esok gak akak dtg bawa ko balik"..erk,aku kata tak payah la,jgn susah2x..tp mcm bese,kakak aku tu degil..tapi dia tak dtg keesokkan harinya sebab ade masalah dgn pasport..byk tol dugaan dia nak dtg sini..setiap jam dia akan call tanya aku mcm mana..lepas 2 hari kakak aku sampai,masa tu aku tgh tdo,sampai jek,dia letak bear kat tepi aku,hehee..sweet giler kakak aku,syg sgt kat ko jee..aku rasa beruntung ade kakak mcm tu,teddy tu signifikan syg dia kat aku..mgkin korang bangga dapat teddy dari kekasih atau sape aje,tapi pada aku,teddy kakak aku tu la yg paling aku syg..dia sanggup korbankan ape jek pasal adik beradik dia..hehe..love u sis..=)

Jumat, 03 Juli 2009

perut kacau

salam..
malam ni,mood aku hilang
entah ke mana,aku tak tau
adakah kerana susu coklat td?
damn,aku lupa yg aku tak boleh minum susu coklat bila perut kosong
atau makan nasi padang yg berminyak tadi
damn again,i cant eat oily food,i mean to much oily,huhu
ni lah akibatnya,gastrik dtg balik
dan aku sakit perut..huhu
bila sakit perut,semua berubah,
sampai bila nak makan ubat je ni
bila nak baik eyh..hurm..
entah lah..huhu

*tunggu bila nak muntah jek ni..huhu