aRTiKeL 1 ~( jangan!!!!!!)
"Bila kita ni dah mengaku beragama Islam dan jadi umat Muhammad s.a.w... kita terikat pada banyak yang tak boleh dan tidak digalakan dilakukan.................... so........... smi (sendiri Mau Ingat ) lah........... jangan, jangan, jangan, jangan....
Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka. >Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan bergaul bebas ditempat kerja.
Banyak buruk dari baiknya.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
Wasalam
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." - (Surah Al-Ahzab:71"
~ aRTiKeL 2 ~( dosa tanpa taubat)
Dosa tanpa taubat sebabkan satu titik hitam pada hati. HATI adalah organ yang paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan oleh Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat yang ikhlas itu akan diberi pahala oleh Allah.
Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya adalah membabitkan seluruh anggota tubuh badan manusia. Maka, akan lahirlah penyakit masyarakat berpunca dari hati yang sudah rosak itu.
Justeru, hati adalah amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan untuk menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.
Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana dosa. Setiap satu dosa yang dilakukan tanpa bertaubat itu akan menyebabkan terjadinya satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Maka bayangkanlah bagaimana pula kalau sepuluh dosa? Seratus dosa? Seribu dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.
Perkara ini jelas digambarkan dalam hadis Rasulullah bermaksud:
"Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya.
Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah).
Hadis ini selari dengan firman Allah yang bermaksud
"Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka telah diseliputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14).
Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak akan masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan kita untuk mengamalkannya.
Allah berfirman yang bermaksud
"Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya, dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya.
"Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah, ayat 74).
Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan bahawa batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah.
Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.
Perkara yang paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlakulah kemusnahan yang amat besar terhadap manusia.
Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah natijahnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati kita. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan oleh Allah pada akhirat kelak.
Persoalannya sekarang, kenapa hati mati? Hati itu mati disebabkan perkara berikut:
Pertama: Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
Allah berfirman bermaksud
"Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar, ayat 22).
Kedua: Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.
Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.
Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.
Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).
Firman Allah bermaksud
"Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati
mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd, ayat 28)
Firman-Nya lagi bermaksud
"Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." (Surah al-Syura, ayat 88 - 89)
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
~ aRTiKeL 3 ~( gejala seks)
Dalam negara mengorak langkah menerajui era baru dan sekali gus melaksanakan matalamat wawasan 2020, tanpa kita sedari matlamat itu hanya tinggal angan-angan sahaja apabila tonggak negara (remaja) sepertinya telah hilang entah ke mana. Kepelbagaian masalah social berlaku. Dan salah satunya adalah seperti yang tersebut di atas.
Seks bebas dan jenayah seksual di kalangan pelajar kini semakin menular dan membimbangkan kita terutamanya pelajar di kawasan bandar dan kota . Gejala ini terus menular dan ada remaja yang begitu berani mempraktikkannya di sekolah. Apa yang menyedihkan kita ialah penglibatan mereka mula dikesan seawal usia 13 tahun ketika mereka mereka berada di tingkatan satu dan dua.
Seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah mendedahkan bahawa beliau menemui kondom yang disimpan dalam beg oleh pelajar wanita di sebuah sekolah di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Kondom itu ditemui ketika pemeriksaan mengejut (sport-check) dilakukan di sekolah tersebut Peningkatan pembabitan remaja perempuan dalam aktiviti maksiat juga adalah satu lagi petanda bahawa keruntuhan akhlak remaja di Malaysia bertambah serius. Seorang lagi guru di sebuah sekolah di Kuala Lumpur mendedahkan bahawa beliau pernah membuat tinjauan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada waktu malam dan merasa sungguh terkejut kerana mendapati pelajarnya, lelaki dan perempuan meneguk minuman keras tanpa segan silu di khalayak ramai. Beliau juga mendedahkan terdapat seorang pelajar wanita di sekolahnya terlibat dalam pengedaran pil ecstasy. Pelajar terbabit kerap ponteng sekolah dan apabila disiasat , pihak sekolah mendapati pelajar itu adalah ketua pengedar pil ecstasy di sekolah itu.
Menurut Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim, jenayah seksual di kalangan pelajar terutamanya di sekitar Kuala Lumpur semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Di antara jenayah seksual yang mereka lakukan seperti mencabul kehormatan , merogol dan juga pelacuran . Mangsa yang dicabul oleh mereka bukan sahaja pelajar wanita tetapi juga wanita-wanita dewasa. Selain jenayah seksual, beliau mendedahkan mengenai masalah seks rambang, hamil luar nikah dan pelacuran dikalangan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT). Menurutnya seramai 141 gadis bawah umur berjaya diselamatkan daripada kancah pelacuran dan kegiatan seks haram di seluruh negara dan sepanjang tahun lalu pula seramai 230 remaja bawah umur yang terlibat berjaya diselamatkan dan dihantar ke pusat pemulihan akhlak.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seks oral dibawah meja di bilik darjah oleh empat orang murid tahun dua di sebuah sekolah rendah di Taiping. Hasil siasatan guru-guru, didapati bahawa seorang daripada murid itu mengulangi apa yang yang dilihatnya dalam sebuah filem lucah , bersama-sama ibu bapanya pada malam sebelumnya. Di sebabkan oleh sebab sifat ingin tahu, dia meminta rakan-rakannya untuk mencubanya di bawah meja selepas guru mereka meninggalkan bilik darjah.
Namun apa yang sangat menyedihkan ialah sikap ibu bapa itu sendiri yang sanggup mendedahkan anaknya ke arah gejala sosial dengan menonton video lucah bersama-sama anak meraka. Bagaimanakah ini boleh terjadi dalam masyarakat kita pada hari ini ? Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya semua ini ? Adakah anak yang perlu dipersalahkan atau ibu bapa yang tidak berakhlak yang perlu dipersalahkan ? Ibu bapa hendaklah menjadi pemangkin dan contoh teladan yang baik bagi anak-anak kerana pengaruh media massa pada zaman ledakan maklumat dan lambakan bahan-bahan lucah seperti majalah dan VCD lucah amat mudah mempengaruhi tingkah laku anak-anak dan para pelajar. Anak-anak tidak akan berfikir dua kali untuk melakukan kesalahan kerana di rumah mereka sudah lali/biasa dengannya. Mereka menganggap ianya adalah sesuatu yang biasa. Dan apabila perkara yang luar biasa ini dianggap biasa, ia akan menjadi satu amalan. Amalan buruk! Bila perkara yang tak baik berlaku, barulah ibubapa sibuk menyalahkan pelbagai pihak. Ibubapa seperti ini mungkin belum layak sama sekali untuk memikul tanggungjawab yang diberikan. Seperti yang kita selalu dengar, “semuanya bermula dari rumah”.
Remaja dan pelajar merupakan golongan pewaris kepimpinan hari ini dan penerus wawasan negara. Kepesatan pembangunan ekonomi dan teknologi telah memberikan kesan kepada pembangunan sosial dan insaniah para pelajar. Minda mereka menjadi lebih terbuka dan bebas. Salah satu daripada gejala yang berlaku pada masa kini ialah masalah penyalahgunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan remaja. Aktiviti seperti "Lepak Siber", melayari halaman lucah dan hiburan keterlaluan, penyebaran fitnah dan sebagainya merupakan gejala negatif yang semakin menular di kalangan remaja. Justeru itu, satu bentuk langkah pembendungan dan penyelesaian terbuka yang sesuai dengan minat dan citarasa mereka ini perlu dilaksanakan agar mereka dapat mempertingkatkan potensi diri mereka dan memanfaatkannya ke arah yang lebih positif.
~ aRTiKeL 4 ~( kisah penggali kubur )
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf ata perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."
1 " Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
" Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
2 Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi b*bi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat,maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"
3 Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu. "
Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram,wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.
4 " Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya.Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibubapanya."
5 " Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.
" Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.
6 " Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"
" Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.
7 " Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut. " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.
Wallahua'lam..
~ aRTiKeL 5 ~
jurnal Seorang Anak
..- tazkirah hari Jumaat.. to those who
still have their father...untuk renungan bersama
Ayah aku baru meninggal 5/8/2003..3.25pm. Apa yang aku tuliskan sini
adalah untuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang, untuk terus
menyayangi dan berjasa sebelum menyesal.
Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi bila meninggalkan mak yang kesorangan. Anak-anak semua dah besar..kerja semua jejauh. Hidup ini seolah tiada erti....selama nie setiap suka duka....pasti telefon dan maklumkan pada mak dan abah. Kalau naik gaji...dapat keputusan bagus dll...pasti telefon mereka supaya mereka gembira. Kalau boleh aku mahu terus berada di Perak menemani mak yang terus menangis.
Syukur, abah menhembuskan nafas terakhir dipelukan mak yang mengucap dua kalimah syahadah...di telinga kirinya...dan aku ketika itu mengucap ditelinga kanannya...... ini adalah kali pertama aku melihat kematian....masih terbayang....abah memandang jauh kehadapan dan mata nya ke atas.... sambil mengucap dan memejamkan mata.Sungguh cepat dan tenang...semoga roh abah ditempatkan digolongan yang beriman.
Syukur sembahyang jemaah abah lebih dari seratus orang...syukur abah dikebumikan dengan selamat. Sejam sebelum kematian ....sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau nak beli kereta tunggulah 2005. Bila time AFTA nanti kereta honda jatuh harga.Boleh lah bawak mak berjalan. Waktu tu abah dah sihat...dah selera makan.
Pastu abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru. Sebab abah dan Mak baru ambil kelmarin. Abah kata sehari jer buat. Tak payah ambik gambar kat kedai gambar. Diorang guna digital kamera kat office jer. Tapi abah kata jangan pakai baju putih. Nanti gambar tak clear. Tapi tak sangka esok nyer aku pergi sana bukannya utk buat kad engenalan aku, sebaliknya buat sijil kematian abah.
Pertama kali pergi ke rumah mayat jenazah. Pertama kali naik van jenazah, pertama kali buat sijil kematian, pertama kali tak tidur 2 hari , pertama kali asyik menangis, pertama kali menimbus kubur, pertama kali menjirus air mawar...semuanya pertama kali. Dan pertama kali juga takkan jumpa abah lagi.
Aku memandikan abah......memasangkan kain ihram sebagai kain kapan. Ketika ditutup muka abah, aku mencium dahi....pipi kanan....pipi kiri ....dan bangun....tetiba hati aku ingin terus mencium lagi...aku membongkokkan kaki dan mencium dahi nya semula. Ciuman ini adalah ciuman terakhir. Semasa kecil aku salu cium abah.Tetapi apabila dah besar sudah lama tidak mencium pipinya.
Ya Allah..tuhan segala alam...aku dan abang mengangkat jenazahnya...........dan mengebumikannya. Hati ini sayu mengenangkan pemergian abah yang tercinta. Mak hanya memandang dengan air mata sayu....penglihatannya kosong......setelah 36 tahun hidup bersama ayah......kini tinggal seorang.
Selaku seorang anak.....aku tahu bagaimana kasih seorang abah.Abah seorang pendiam...... sabar...dan alim....Jemaah masjid...bendahari masjid.....dan pelbagai amanah kebajikan dilakukannya. Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepada abah secara terus terang. Memang sayang abah... cuma...dengan abah saya hormat dan memendam kasih saya.....Lainnya pula dengan emak...yang sentiasa berterus terang....seringkali tidur di peha mak hingga ke hari ini.
Kelmarin aku baca dairi abah.Tak sangka abah pun tulis diari.Tiada apa yang ada dalam dairi itu melainkan perkara anak anak nya. Semuanya berkisar tentang anak-anaknya. Aku sendiri tak ingat bila aku beli kereta. Tapi abah catat..18 February..Shairizal beli kereta satria hijau 1.6..... abah catat setiap kali anak nya telefon beserta waktunya. Sekali tu jam 1.00 pagi aku telefon dari KL.....abah pun catat. Semuanya abah catat berkenaan anaknya. Abah catat Shairizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok. dll.......
Abah catat Kak Se keguguran.....Abah catat Shaifol (abang sulung) ke KL......menangis kami semua bila baca dairi tue.... Abah sayang anaknya.....tak pernah tunjuk...sebab abah lebih suka mendiam dan tidak bercakap pasal orang.Begitu juga dengan orang lain
ayah hanya banyak cakap pasal ilmu agama dan berkenaan anak-anaknya sahaja. Ada kawan kampong abah baru nie cakap "Abah kamu masa hidup salu cakap pasal anaknye. Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada macam korang". Tapi jauh di sudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku salu fikir aku bukan anak yang baik.
Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta, rumah, bil, kedai dll memang semua tersusun.. Aku terjumpa buku nota kuliah subuh abah yang terbaru.....catatan terakhir yang abah tulis "Hati orang beriman sentiasa ingat kubur" ...abah gariskan perkataan ingat kubur ...dan kami bersyukur bahawa abah sememangnya telah bersiap sedia untuk meninggal. Dan menyerahkan kepada Allah untuk melepaskan seksaan di kubur dan api neraka. Abah memang suka budak kecik..pantang anak saper pasti dia dukung...bawak berjalan...... cucu-cucunya setiap kali balik pasti nak tidur sama.
Kini semuanya tiada.
Ya ALLAH....aku tak tahu bagaimana kehidupan utk diteruskan...tanpa Abah......baru bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun nie nak kasi abah seribu mak seribu... tapi Allah lebih menyayangginya... abah meninggal 5hb.tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang baru masuk 10hb Ogos 2002.
Kali nie tak sangka bonus banyak digunakan untuk majlis tahlil dan batu nisan untuk abah.
Tok Imam ada cakap kat kami...."Kubur ayah dikorek...pastu ditanam... tanahnya masih penuh kat tepi....terlebih tandanya seorang yang pemurah....sedangkan ada sesetengah kubur dikorek pastu ditimbus semula masih tak cukup tanah."
"Abah kamu wajahnya senyum jer walau pun dah meninggal" "Abah kamu
waktu dimandikan dah bersih...tak der kotor najis pun
takder"...perkara itulah menyedapkan hati kami....untuk jadi seperti
abah....
Sembahyang Jumaat minggu sudah di Masjid.....aku memulangkan semula duit masjid dan buku akaun yang abah pegang selaku bendahari. Sambil mengira kutipan Jumaat hari itu tok imam dan bilal turut menangis.... "Dulu abah kau yang tolong kira pastu tulis kat white board tu".........
Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung walau kerja apa sekali pun....
Ya Allah. sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku...Talkin buat abah masih segar..."Wahai Hj Badzri Bin Hajah Habsah...ketahuilah kamu bahawa mati itu benar, kimata itu benar, Allah itu benar" dan kita yang hidup akan pergi juga....Lelaki berat tanggungjawabnya.... suami menanggung dosa isteri dan anak- anak.....isyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama. Cuma aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerja setelah terlupa dgn nikmat Allah..Mak juga seorang yang dan solehah....saya yakin Allah maha pengampun dan maha bijak sana dalam menentukan Al -Mizan..
Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua....tapi sekarang nie mak kata mak takut nak ke masjid seorang diri takut tak tenang hati teringat abah.
Inilah perasaan aku sekarang. Buat korang yang masih ada....jadikan iktibar.....cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir.
Dan curahkan kasih sayang tanpa selindung. Tunjukkan.
Al-fatihah....
Wassalam
Note: sayangilah ibu dan ayah kita....sebelum terlambat ..."
~ aRTiKeL 6 ~( personaliti melalui bentuk kuku)
"Bentuk kuku kita memiliki makna yang berbeza. Bagaimanakah bentuk kuku kawanbaik anda? Kenalilah wataknya... ...
1.Kuku yang baik, rapi dan indah :
Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.
2. Bentuk kuku pendek tetapi lebar :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap
yangpraktis dan cekap dalam ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya tajam. orang yang memiliki kuku yang seperti ini sukakan muzik dan lagu.
3. Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat :
Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan cakap, tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan. Ia juga agak malas dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering dalam keadaanragu-ragu.
4. Bentuk kuku sedang dan warna merah sedikit :
Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan, selalu menjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.
5. Bentuk kuku bersegi tetapi rata :
Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul, sedikit kewibawaan, tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan.
6. Brentuk kuku lansing :
Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering merasa was-was, mudah ditimpa kesialan dan kurang berwibawa.
7. Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning :
Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang yang jujur,
sabar,pandai , tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya.
8. Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun :
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini sering was-was, bodoh,mudah diserang penyakit, mudah terkejut dan tak kuat bekerja.
9. Bentuk kuku runcing tetapi besar dan tebal :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sifat
kerasdengan pendiriannya, sering berpindah randah tempat tinggalnya, suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau suka bertukar pasangan hidup.
10. Bentuk kuku bersegibahagian bawah sedikit runcing :
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini tidak memiliki
kewibawaan, bodoh dan kalau bekerja hanya diperingkat rendah sahaja.
11. Bentuk kuku besar dan banyak garisan :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini biasanya akan menjurus pada susah dan sering berdepan dengan bahaya. Tetapi garisan tersebut tidakselama-lamanya kelihatan di kuku. Kalau garis tersebut sudah hilang dankelihatan bersih menandakan orang itu akan memperolehi berkat.
12. Bentuk kuku yang banyak seratnya (serabut) :
Menandakan jika orang tersebut sering ditimpa kesusahan jauh dari sanak keluarga boleh mati disebarang tempat.
13. Bentuk kuku seperti kikir :
Bila seseorang memiliki bentuk kuku seperti ini menandakan
kemungkinan orang itu akan memperolehi halangan yang besar atau akan memperolehi bahaya.
14. Kuku yang banyak titik-titiknya dibahagian bawah kelihatan hitam :
Kedudukan kuku seperti ini memberi suatu petanda bahawa orang tersebut dalam situasi bahaya besar yang boleh juga membawa kematiannya.
~ aRTiKeL 7 ~( 50 perbezaan lelaki & perempuan)
1.Rata-rata wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam.
2. Sperma laki-laki yang menentukan jenis kelamin bayi.
3. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan berbicara, bayi laki-laki 2 bulan lebih lambat.
4. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi saat mengandung bayi laki-laki daripada bayi perempuan.
5. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada laki-laki dan rata-rata berat otak laki-laki + 1,4 Kg, wanita kurang dari itu.
6. Pergantian kelamin lebih banyak dilakukan lelaki.
7. Basikal laki-laki mempunyai setang/palang di tengah basikal.
8. Wanita sangat menimbang-nimbang masalah dan perubahan sehari-hari ( misal : penggunaan alat baru ).
9. Pada tulang punggung manusia, wanita lebih lebar dan besar, mengikuti perkembangan tulang panggul untuk proses persalinan. Lebih banyak timbunan lemak pada punggong, Laki-laki lebih banyak timbunan lemak pada perut.
10. Wanita kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.
11. Laki-laki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara pembicaraan wanita terputus-putus dengan keraguan dan perasaan. Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan ( intuisi ) dan kiri ( logika ) lebih sedikit pada wanita. Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada wanita.
12. Wanita lebih baik indra penciumannya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor penciuman.
13. Wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh (yang menghasilkan bau badan ) daripada laki-laki.
14. Kemampuan indra lelaki untuk mengecap rasa masam, manis dan masin lebih rendah pada wanita.
15. Hubungan yang rapat/intim diluar pernikahan, laki-laki dua kali lebih banyak.
16. Lebih dari dua kali pada wanita cenderung homoseksual pada usia 45 tahun daripada laki-laki.
17. Pada saat usia tua wanita mengalami kerontokan rambut, pada usia yang sama sebagian besar laki-laki mengalami kebotakan. Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen ( hormon laki- laki ).
18. Mata laki-laki rata-rata lebih besar daripada wanita, mata wanita lebih banyak bahagian yang berwarna putih.
19. Lebih banyak wanita menggunakan kacamata dan lensa kontak, antara usia 16 - 44 tahun.
20. Secara umum hidung laki-laki lebih besar daripada wanita. Sedangkan wanita rata-rata mempunyai bibir lebih besar dibanding laki-laki.
21. Rata-rata pendengaran laki-laki menurun sekitar usia 32, wanita usia 37.
22. Lebih banyak wanita dapat bernyanyi tanpa suara sumbang dibanding laki-laki. Pita suara laki-laki lebih panjang dan saluran napasnya 30 % lebih besar.
23. Bagi Lelaki, jika berkomunikasi dengan sesama jenis saling berjauhan dengan ada ruang antara diantara mereka dan bereaksi negatif jika seseorang masuk di antara ruang jarak pembicaraan. Laki-laki lebih mudah tertekan pada kerumunan yang membatasi ruang geraknya.
24. Berpapasan dengan wanita pada jalanan ramai, laki-laki menghadapkan tubuhnya menghadap wanita yang dilewatinya. Wanita cenderung membalikkan badan, sering secara tidak sadar menempatkan tangan di depan badannya untuk melindungi dada.
25. Wanita memproduk dua juta sel telur selama hidupnya mulai usia 4 bulan ketika masih dikandung, laki-laki terus memproduksi sperma hingga usia tua.
26. Kekuatan meramas tangan laki-laki dua kali lebih kuat daripada wanita.
27. Kira-kira 48 % laki-laki mendengkur ketika tidur, hanya 22 % pada wanita.
28. Wanita rata-rata 153 detik berada di toilet, laki-laki 113 detik.
29. Hubungan keluarga yang baik meninggikan kualiti hidup: 62 % wanita, 49 % lelaki.
30. Satu berbanding empat, wanita dibanding laki-laki yang berbicara gagap.
31. 30 % wanita secara sexual lebih aktif pada saat bulan purnama.
32. Lebih banyak wanita menggunakan cincin kawin.
33. Ketika terjadi ketidak-sesuaian/tidak bertegur-sapa antara sesama jenis, laki-laki langsung menemui, wanita menjauhi.
34. Rata-rata laki-laki membaca lebih lama daripada wanita, tetapi lebih banyak dua kali wanita yang membaca daripada laki-laki.
35. Lebih dari dua kali ganda wanita yang hidup sendiri dibanding laki-laki setelah usia 65 tahun.
36. Memilih warna Merah atau Biru: Lelaki lebih banyak memilih merah, wanita warna biru.
37. Semua rekod Olimpik untuk kecepatan berenang, lari, lompat tinggi, lompat jauh dipegang atlet laki-laki.
38. Wanita lebih banyak menggunakan kataganti diri "Saya" dibanding laki-laki.
39. Laki-laki lebih baik dalam membaca peta dan dalam keahlian ukur ruang. Laki-laki cenderung lebih mudah melakukan dua pekerjaan (abstrak dan logika ) pada waktu bersamaan.
40. Dalam 99 % pereputan tulang terjadi pada wanita setelah menopause, setelah hormon estrogen menurun. Tetapi wanita lebih sedikit mengalami pengerasan pembuluh darah, karena estrogen menjaga pembuluh darah lebih lentur dan menolong mencegah naiknya kholestrerol.
41. Penelitian di Amerika, wanita menggunakan waktu hampir dua kali lebih banyak untuk berbelanja dibanding lelaki.
42. Perkawinan yang memuaskan lebih banyak terjadi pada lelaki dengan usia lebih tua, dibanding pada wanita pada usia sama.
43. Lebih banyak wanita yang menyatakan dirinya sakit kronik daripada lelaki.
44. Penelitan di Australia, tiga kali ganda laki-laki dibanding wanita yang meninggal karena kanker paru-paru dan penyakit jantung.
45. Tetapi 2446 wanita berbanding 16 lelaki yang meninggal karena kanser payudara pada tahun 1990.
46. Dalam status perkawinan, lelaki meningkatkan usia harapan hidup. Tetapi bagi wanita pula, usia harapan hidup lebih tinggi jika hidup sendiri.
47. Penelitian di Australia, pembunuhan dilakukan 86 % oleh laki-laki, 95 % penghuni penjara adalah pria.
48. Penelitian di England, anak laki-laki lebih mudah dibohongi /dipedaya daripada anak perempuan.
49. Wanita lebih berani, lebih dari 55 % wanita memeriksakan giginya secara rutin dibanding 40 % pada lelaki.
50. Wanita secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.
~ aRTiKeL 8 ~( tazkirah )
1.Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?
2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?
3. Apa yang paling besar di dunia ?
4. Apa yang paling berat di dunia ?
5. Apa yang paling ringan di dunia ?
6. Apa yang paling tajam di dunia ?
Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghozali bertanya....
Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab, "Orang tua, guru, kawan dan sahabatnya". Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran : 185)
Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua....
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab "Negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang". Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga....
"Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya menjawah, "Gunung, bumi dan matahari". Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf : 179).
Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.
Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?" Ada yang menjawab "besi dan gajah". Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al Ahzab : 72).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang amanahnya.
Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?"...
Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan". Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan solat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan solat.
Dan pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?"...
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA". Karena melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri. "
~ aRTiKeL 9 ~( sekufu suami isteri adalah penting!! )
AiNey_RosMa menulis "Sekufu suami isteri - Penting dalam perkahwinan
Oleh FARIDAH MOHAMED SANI
`Sama cantik sama padan'. Itulah ungkapan yang sering diucapkan orang ramai
untuk memuji kecantikan dan ketampanan sepasang pengantin baru.
Para undangan yang datang ke majlis perkahwinan, sudah tentu mengagumi dan senang melihat pasangan suami isteri yang `bagaikan pinang dibelah dua' dari sudut paras rupanya, berbanding pasangan yang tidak sepadan (sekadar mengambil contoh yang paling mudah).
Perasaan sedemikian jelas menunjukkan naluri kita sebagai manusia yang sukakan keindahan, dan menolak sesuatu yang tidak sepadan dan setara.
Apatah lagi perkahwinan merupakan ikatan perjanjian dua orang insan untuk berkongsi segalanya dalam menempuh kehidupan seterusnya. Oleh kerana itu sebaik-baiknya kedua-duanya setaraf dalam banyak hal supaya rumah tangga yang akan diharungi lebih mudah dilayari.
Ini kerana perbezaan yang terlalu banyak dan ketara hanya akan menyusahkan kehidupan yang akan dibina.
Satu pihak akan merasa rendah diri kerana kelemahan dan kekurangan yang ada padanya. Sementara di pihak yang lain pula akan timbul rasa sombong dan ego dengan kelebihan yang dimilikinya.
Sekufu, setaraf atau sepadan merupakan istilah yang digunakan oleh para ulamak dalam bab perkahwinan. Ia menunjukkan kesepadanan antara suami isteri, yang telah diterima oleh majoriti ulamak sebagai pra syarat dalam pernikahan.
Bahkan mereka berpendapat, jika tiada sekufu antara kedua-duanya, maka isteri atau walinya berhak menuntut fasakh selepas perkahwinan.
Ia berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: ``Tidak berhak mengahwinkan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tidak berhak mengahwinkan wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya.''
Ketua Jabatan Siasah Syar`iyyah, Akademi pengajian Islam, Universiti Malaya, Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail dalam hal ini menjelaskan, dari sudut hukum syara, ulamak telah memberikan pelbagai aspek yang perlu dilihat dari sudut kufu bagi mewujudkan perkahwinan yang bahagia.
``Menurut Mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali dan Syafie, persamaan suami dan isteri perlu dilihat dari aspek keturunan, keagamaan, pekerjaan, fizikal (yang sempurna), keilmuan dan harta.
``Pandangan majoriti ulamak ini adalah berasaskan dalil-dalil al-Quran dan sunah serta kemaslahatan perkahwinan itu sendiri, yang bertujuan melahirkan kasih sayang dan kesejahteraan di dunia dan akhirat,'' ujar beliau ketika membentangkan kertas kerjanya, Wanita Berjaya: Kedudukan Mereka Di sisi Suami Dan Kepentingan Kufu Dalam Perkahwinan di Seminar Memahami Kedudukan Wanita Berjaya dari Perspektif Islam, yang dihadiri lebih kurang 260 peserta pada 5-6 Ogos 2003.
Sekufu atau sepadan yang dimaksudkan dalam perkahwinan ini dilihat dari empat sudut:
1. Sekufu dalam agama
Ia mengambil kira peringatan Allah s.w.t. dalam surah as-Sajadah ayat 18 yang bermaksud: ``Adakah orang-orang yang beriman itu sama seperti orang-orang yang fasiq. Mereka itu tidak sama.''
Firman-Nya lagi ``Lelaki yang penzina tidak berkahwin kecuali dengan wanita penzina.'' (An-Nur : 3).
Daripada dalil-dalil yang disebutkan, menunjukkan bahawa jaminan kebahagiaan dan kesecocokan antara pasangan suami isteri tidak cukup hanya dengan persamaan agama sahaja, iaitu agama Islam.
Bahkan kefahaman dan pegangan terhadap agamanya itu sangat penting. Seperti kata Ibnu Taimiyyah ``Lelaki yang selalu melakukan dosa tidak sewajarnya dijadikan suami.''
Hasil daripada penyelidikan tentang punca perceraian di Wilayah Persekutuan dan Kelantan, menyebut di antaranya ialah kerana kefahaman agama yang rendah.
Hal ini dapat dirumuskan melalui hasil kajian yang ditulis oleh Shamsiah bin Mustaffa (1996) mengenai Perceraian di kalangan orang kaya dan kenamaan di Mahkamah Syariah, Wilayah Persekutuan yang merujuk kepada tiga kes utama.
Manakala dalam kajian yang dilakukan oleh Saudah Abdullah (2001/2002) mengenai Faktor Perceraian Umat Islam Masa Kini: Kajian di Kubang Krian, Kelantan, pula mendapati bahawa punca perceraian disebabkan oleh sikap suami yang mengabaikan tanggungjawab agama, tidak memberi nafkah zahir dan batin, dan disebabkan oleh faktor kaki judi dan penagih dadah.
2. Sekufu dalam ilmu
Dalam aspek perkahwinan, ketiadaan sekufu dalam ilmu boleh mendorong perselisihan faham dan percanggahan idea dan gaya berfikir, seterusnya gaya hidup yang boleh menggoncang kehidupan berumahtangga.
Perbezaan cara berfikir yang di antaranya disebabkan faktor ilmu ini juga telah dikenal pasti sebagai faktor perceraian dalam kajian-kajian yang telah dinyatakan di atas.
Firman Allah yang berikut menunjukkan kedudukan orang berilmu adalah lebih baik daripada orang yang tidak berilmu, ``Allah telah mengangkat darjat orang yang beriman di antara kamu dan orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat.'' (Al-Mujadalah : 11).
3. Sekufu dalam pekerjaan
Firman Allah s.w.t. ``Dan Allah melebihkan sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain dalam hal rezeki.'' (An-Nahl : 71), dijadikan asas pemikiran sebahagian ulamak khususnya Imam Syafie, Hanbali dan Hanafi untuk melihat faktor pekerjaan sebagai di antara aspek yang boleh mewujudkan kufu antara suami dan isteri.
4. Sekufu dalam kekayaan
Dalam meletakkan kekayaan sebagai salah satu aspek penentuan kufu, hanya Mazhab Syafie dan Hanafi yang mengambil kira. Sedangkan ulamak yang lain lebih cenderung untuk tidak menganggapnya sebagai faktor kufu, dengan alasan harta itu boleh ditambah dan boleh pula berkurangan (dalam tempoh perkahwinan).
Menurut Dr. Sharifah lagi, selain aspek-aspek di atas, aspek-aspek lain yang juga menjadi perbincangan ulamak ialah aspek umur, hubungan kekeluargaan (daripada nasab yang dekat) dan gaya hidup.
``Walaupun begitu ada di kalangan segelintir ulamak yang tidak bersetuju menjadikan kufu sebagai pra syarat yang perlu diambil kira dalam perkahwinan. Ia berasaskan kepada dalihan bahawa semua umat Islam adalah setaraf dan bersaudara. Dan ketinggian mereka berbanding yang lain itu ditentukan oleh Allah berasaskan ketakwaan,'' jelas beliau dalam seminar dua hari tersebut yang dianjurkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita Dan keluarga.
Perlu diingatkan bahawa asas pemilihan suami dan isteri berasaskan kufu yang dibahaskan oleh para ulamak, bukanlah menjurus kepada memandang seseorang itu sebagai lebih tinggi atau rendah, lebih baik atau kurang baik daripada yang lain.
Sebaliknya, tujuannya adalah untuk menambah eratkan lagi kasih sayang dan persefahaman melalui kufu dan mengelakkan pelbagai bentuk perselisihan dan persengketaan dalam perkahwinan."
~ aRTiKeL 10 ~( tazkirah )
"Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.
Wahai akh yang benar dalam dakwahnya:
Hendaklah kamu menjadi seorang yang berani dan tabah menanggung kesusahan. Keberanian yang paling utama adalah berterus terang dalam perkara benar, merahsiakan perkara yang rahsia, mengakui kesilapan sendiri dan insaf diri dan mampu mengawal diri ketika marah.
Hendaklah sentiasa adil dan benar dalam setiap keputusan yang diambil dalam apa jua keadaan. Kemarahan kamu kepada sesuatu perkara janganlah melupakan kamu akan kebaikan-kebaikan yang ada, begitu juga perasaan redha kamu pada satu perkara janganlah menutup segala kejahatan yang ada. Janganlah pertelingkahan kamu menjadikan kamu melupakan segala nilai murni. Bercakap benarlah walaupun dalam perkara yang menyentuh diri sendiri ataupun menyentuh orang yang terdekat dengan kamu sekalipun perkara yang kamu tidak sukai.
Hendaklah menjadi seorang yang menyayangi, memuliakan, memaafkan, mengampun dan berlembut dengan manusia mahupun binatang. Hendaklah mempunyai interaksi dan akhlak yang elok dengan semua manusia, memelihara adab Islam dan kemasyarakatan, mengasihi kanak-kanak, memuliakan dan menghormati orang tua, melapangkan majlis, tidak menyelinap dan merisik hal orang lain, tidak mengumpat dan bertempik-tempik, meminta izin jika ingin masuk dan keluar dan lain-lain lagi.
[Imam Hasan al-Banna]"
Tidak ada komentar:
Posting Komentar